Monday, 7 November 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG TERDAPAT DI PULAU PINANG

Tempat Menarik di Penang – Pulau Mutiara ini adalah di antara salah satu lokasi paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu sebelah pulau dan Seberang Perai. Bandaraya Georgetown di Pulau Pinang telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.Di Pulau Pinang, terdapat banyak lokasi yang menjadi tarikan pelancong. Namun begitu, untuk kali ini saya khususkan kepada 11 tempat menarik di Penang untuk dikunjungi apabila anda bercuti di sini. 


BUKIT BENDERA


Bukit Bendera- tempat menarik di Penang yang wajib dikunjungi adalah lokasi ikonik kerana anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar Pulau Pinang dari puncaknya. Anda boleh pilih sama ada untuk mendaki (jenuh lah jugak kan), menaiki helikopter (tapi tiada helipad. So, faham-fahamlah ya) ataupun menaiki tren untuk ke puncaknya. Bukit Bendera juga adalah salah satu daripada tempat menarik di Penang.
Lokasi: Bukit Bendera
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 11:00 malam
Kos: Anda boleh rujuk di laman web untuk caj semasa

FERI

Waktu Operasi: Setiap hari bermula 6:00 pagi (berlepas dari Butterworth) – 11:00 malam (berlepas dari Georgetown)
Kos: RM7 (bayar ketika masuk daripada Seberang Perai, sama ada melalui Jambatan Pulau Pinang mahupun Feri)

MUZIUM PERANG
Ini adalah antara tempat menarik di Penang yang mempunyai unsur-unsur sejarah. Muzium ini mempunyai barang-barang peninggalan sewaktu perang dunia kedua yang digunakan oleh British. Di sini anda dapat melihat anti-craft pit, tempat simpanan peluru, gun firing bay, terowong bawah tanah dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang
Kos:
Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak: RM10.00

PASAR MALAM BATU FERRINGHI


Waktu Operasi: Setiap hari selepas terbenamnya mentari. Nak meriah datang dalam pukul 9:00 atau 10:00 malam ya Kak.
Kos: Terpulang kepada bajet anda.

PENANG TRICK ART MUSEUM


Waktu Operasi: 
Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 6:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9:00 pagi – 8:00 malam
Kos: 
Warganegara
Dewasa: RM15.00
Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM10.00
Warga emas (60 tahun ke atas): RM10.00
Bukan Warganegara
Dewasa: RM25.00
Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM15.00

TOKONG ULAR


Tokong Ular- salah satu daripada tempat tempat menarik di Penang ini dibina sekitar 1850 sebagai tanda peringatan kepada Chor Soo Kong, seorang sami Buddha yang pandai mengubat penyakit dan giat menjaga kebajikan ular-ular di hutan. Anehnya, sebaik sahaja pembinaan tokong ini selesai, ular-ular ini mula muncul di kawasan tokong dan terus tinggal di situ. Di sini juga lokasi tumpuan pemain ular. Mereka akan datang untuk bermain ular, jadi kalau bernasib baik, anda bolehlah melihat orang cium ular tedung di sini.


Waktu Operasi: Setiap hari bermula 6:00 pagi – 7:00 malam
Kos: Percuma

No comments:

Post a Comment