Monday, 7 November 2016

PETA PULAU PINANG


Sejarah Pulau Pinang berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales sebagai penghormatan kepada Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

SYARIKAT PERLANCONGAN



SAILOR TOUR AND TRAVEL

Alamat:
 2953, Jalan Rozhan
2953, Jalan Rozhan
Bandar:
Bukit Mertajam
Pos      :
14000
Wilayah pentadbiran:
Pulau Pinang
Negara:
Malaysia
Telefon:04-551 3155
laman web: 



TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG TERDAPAT DI PULAU PINANG

Tempat Menarik di Penang – Pulau Mutiara ini adalah di antara salah satu lokasi paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu sebelah pulau dan Seberang Perai. Bandaraya Georgetown di Pulau Pinang telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.Di Pulau Pinang, terdapat banyak lokasi yang menjadi tarikan pelancong. Namun begitu, untuk kali ini saya khususkan kepada 11 tempat menarik di Penang untuk dikunjungi apabila anda bercuti di sini. 


BUKIT BENDERA


Bukit Bendera- tempat menarik di Penang yang wajib dikunjungi adalah lokasi ikonik kerana anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar Pulau Pinang dari puncaknya. Anda boleh pilih sama ada untuk mendaki (jenuh lah jugak kan), menaiki helikopter (tapi tiada helipad. So, faham-fahamlah ya) ataupun menaiki tren untuk ke puncaknya. Bukit Bendera juga adalah salah satu daripada tempat menarik di Penang.
Lokasi: Bukit Bendera
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 11:00 malam
Kos: Anda boleh rujuk di laman web untuk caj semasa

FERI

Waktu Operasi: Setiap hari bermula 6:00 pagi (berlepas dari Butterworth) – 11:00 malam (berlepas dari Georgetown)
Kos: RM7 (bayar ketika masuk daripada Seberang Perai, sama ada melalui Jambatan Pulau Pinang mahupun Feri)

MUZIUM PERANG
Ini adalah antara tempat menarik di Penang yang mempunyai unsur-unsur sejarah. Muzium ini mempunyai barang-barang peninggalan sewaktu perang dunia kedua yang digunakan oleh British. Di sini anda dapat melihat anti-craft pit, tempat simpanan peluru, gun firing bay, terowong bawah tanah dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang
Kos:
Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak: RM10.00

PASAR MALAM BATU FERRINGHI


Waktu Operasi: Setiap hari selepas terbenamnya mentari. Nak meriah datang dalam pukul 9:00 atau 10:00 malam ya Kak.
Kos: Terpulang kepada bajet anda.

PENANG TRICK ART MUSEUM


Waktu Operasi: 
Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 6:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9:00 pagi – 8:00 malam
Kos: 
Warganegara
Dewasa: RM15.00
Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM10.00
Warga emas (60 tahun ke atas): RM10.00
Bukan Warganegara
Dewasa: RM25.00
Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM15.00

TOKONG ULAR


Tokong Ular- salah satu daripada tempat tempat menarik di Penang ini dibina sekitar 1850 sebagai tanda peringatan kepada Chor Soo Kong, seorang sami Buddha yang pandai mengubat penyakit dan giat menjaga kebajikan ular-ular di hutan. Anehnya, sebaik sahaja pembinaan tokong ini selesai, ular-ular ini mula muncul di kawasan tokong dan terus tinggal di situ. Di sini juga lokasi tumpuan pemain ular. Mereka akan datang untuk bermain ular, jadi kalau bernasib baik, anda bolehlah melihat orang cium ular tedung di sini.


Waktu Operasi: Setiap hari bermula 6:00 pagi – 7:00 malam
Kos: Percuma
TEMPAT-TEMPAT MAKANAN YANG TERDAPAT DI PULAU PINANG

Selain tarikan tempat perlancongan, makanan juga merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung yang datang ke Pulau Pinang. Pasti tidak lengkap kalau singgah di Pulau Pinang tidak mencuba makanan yang terdapat di sana. Makanan yang paling terkenal di Pulau Pinang adalah nasi kandar, laksa penang, pasembur, dan char koay teow. Berikut adalah senarai tempat makan sedap yang mesti anda kunjungi.

1. Restoran Kapitan

Restoran Kapitan terkenal dengan Nasi Briyani Claypot dan Nasi Briyani Tandoori. Kedua-dua nasi briyani ini mempunyai rasa yang tersendiri. Nasi briyani ayam claypot terdapat daun pudina dan yogurt campuran sayur dan kuah kari. Manakala, nasi briyani ayam tandoori terdapat sambal hijau, sambal merah, kuah dal dan juga campuran bawang serta limau. Nak tahu kesedapan nasi briyani di sini? Beranikanlah diri untuk mencuba dan anda pasti tidak akan menyesal. Selain itu, anda juga boleh cuba roti naan cheese tandoori dan air susu badam yang merupakan minuman signature di restoran ini.



Alamat: George Town 18-G-D, Menara Gurney, 18, Persiaran Gurney, 10250, Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-228 0711
Waktu Operasi: 24 Jam
Info: Restoran Kapitan


2. Hameed Pata Mee Goreng

Hameed Pata Mee Goreng ialah antara tempat yang menyediakan mee goreng yang sedap di Pulau Pinang. Mee Goreng Sotong ialah antara menu istimewa di sini dan dihidangkan dalam portion yang banyak. Mee digoreng dan digaul dengan perencah asli Hameed Pata. Sambal sotongnya rasa pedas dan sedikit manis. Kepada sesiapa yang tak tahan pedas bolehlah add-on ais kacang atau coconut shake.



Alamat: Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 Georgetown, Penang
Nombor Telefon: +60 13-431 9384
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 8:00 malam (Ahad Tutup)
Info: Hameed Pata Mee Goreng


3. Pasembur Stall 09

Di Gurney Drive Hawker Centre terkenal dengan pasemburnya yang paling famous dan diberi nama “Pasembur Menari”. Kenapa menari? Sebab pasembur dihidangkan oleh pemilik gerai yang memotong pasembur sambil menari. Anda pasti akan terhibur. Terdapat pelbagai pilihan campuran pasembur seperti udang goreng, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, tempe dan banyak lagi. Ditambah pula dengan kuahnya yang pedas-pedas manis bersama hirisan timun dan sengkuang. Wow memang terbaik!



Alamat: Gerai no. 9, Anjung Gurney
Waktu Operasi: 4.00 petang – 12.00 malam
Info: Pasembur Stall 09


4. Restoran Sup Hameed

Restoran Sup Hameed menyediakan sup yang terbaik di Pulau Pinang. Di sini orang ramai menggelarkannya dengan gelaran ‘best soup in town’. Setiap hidangan sup disediakan bersama roti benggali. Belum sempat suapan pertama masuk ke dalam mulut, anda akan terbau aroma sup yang menusuk hidung. Tambahan pula bila dihirup, rasanya seakan menyentap. Sangat sedap! Sesuai untuk sesiapa yang sukakan makanan yang ringkas, cepat dan mengenyangkan.



Alamat: 48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-261 8007
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 3.00 pagi (22 Jam)
Info: Restoran Sup Hameed


5. Laksa Janggus

Laksa Janggus merupakan kedai makan yang terkenal sekali di Pulau Pinang. Kalau singgah makan di sini cubalah order Laksa Special mereka, anda akan dapat rasa keenakan kuahnya yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kuahnya dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai makan ini. Yang paling penting, kuah laksa ni memang cukup rasa, dan berlemak. Akhir sekali, jangan lupa mencuba pisang goreng dan ABC di sini.


Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-866 8819
Waktu Operasi: 3.30 petang – 8.00 malam (Rabu Tutup)
Info: Laksa Janggus


6. Hammer Bay

Antara restoran ikan bakar paling top yang terletak di Jalan Bayan Bay berhampiran Queensbay Mall. Anda boleh menikmati ikan bakar dengan suasana santai di tepi laut yang sungguh menenangkan. Makanan laut yang ditawarkan di sini sangat segar. Anda hanya perlu pilih sama ada ikan, udang, sotong, siput, ketam atau apa saja makanan laut dan mereka akan masakkan mengikut kehendak anda. Sesuai untuk sesiapa yang ingin berkumpul untuk makan bersama keluarga atau kawan-kawan.

Alamat: Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon: +60 17-463 5484
Waktu Operasi: 5.30 petang – 12.30 malam (Selasa Tutup)
Info: Hammer Bay


7. Nasi Kandar Beratur Original

Kalau anda jenis yang lapar pada waktu malam dan tidak tahu hendak makan di mana. Datanglah ke gerai Nasi Kandar Beratur ini kerana gerai ini mula beroperasi pada pukul 10.00 malam. Jika anda datang tepat pada waktu gerai dibuka, jangan terkejut jika anda terpaksa beratur panjang kerana gerai ini sudah menjadi tempat favourite orang ramai untuk makan malam. Pelbagai pilihan lauk yang boleh anda pilih dari ayam goreng, kari ayam, kari daging, kari sotong, sayur, dan bermacam-macam lagi.


Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town
Nombor Telefon: +60 4–261 3984
Waktu Operasi: 10.00 malam – 9.00 pagi
Info: Nasi Kandar Beratur Original


8. Abang Misai Char Koay Teow

Tagline kedai ini ialah “telur ayam dibasuh”, ini menunjukkan bahawa abang misai menitikberatkan kebersihan kedai dan masakkannya. Terdapat tiga jenis masakan utama disini yang menjadi pilihan pelanggan-pelanggannya iaitu sudah semestinya Char Koay Teow, Char Koay Teow ala Cina dan Nasi Goreng Udang. Kalau hendak rasa puas hati orderlah Char Koay Teow Special kerana udangnya lebih banyak dan besar-besar berbanding char koay teow biasa.

Alamat: Jalan Permatang Tinggi, Taman Markisah, 14000 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon: +60 12-552 9768
Waktu Operasi: 6.00 petang – 12.00 malam
Info: Abang Misai Char Koay Teow


9. Roti Canai Transfer Road

Lokasi sarapan pagi yang popular dan menarik di Pulau Pinang adalah di Transfer Road. Apa yang special atau menariknya dekat sini adalah roti canai banjirnya yang dihidangkan bersama dengan kari daging. Dengar macam biasa bukan? Anda kena cuba dulu baru tahu. Selain itu, ada beberapa makanan lain seperti roti bakar telur goyang, roti telur dan beraneka jenis kuah kari ayam, kambing, ikan dan sebagainya

.

Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, Georgetown, 10050 George Town, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 11.00 pagi
Info: Roti Canai Transfer Road


10. Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe

Menariknya kafe ini ialah menghidangkan 7 jenis nasi dalam satu pinggan. Ianya terdiri daripada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi putih, dan nasi kacang. Untuk lauk pula, anda bebas memilih lauk kegemarana anda. Oleh kerana itu menu istimewa ini dipanggil nasi 7 benua. Di samping itu, anda boleh menikmati minuman percuma iaitu sirap dan teh O ais. Bagi yang pertama kali merasa nasi 7 benua ini pasti akan teruja!


Alamat: Taman Tunas Muda, Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Nombor Telefon: +60 17-439 7617
Waktu Operasi: 11.00 pagi -10.00 malam (Ahad Tutup)
Info: Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe
AKTIVI-AKTIVITI MENARIK YANG DAPAT DILAKUKAN DI PENANG

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik di Penang yang anda boleh kunjungi sekiranya anda berada di Utara Semenanjung Malaysia. Ikut senarai dibawah ini untuk melihat aktiviti-aktiviti menarik di Pulau Pinang yang telah saya pilih.

PENANG ESCAPE THEME PARK


Satu cara yang kreatif dan menyeronokkan untuk memupuk cinta aktiviti luar rumah, terutama di kalangan kanak-kanak, taman ini bermula pada tahun 2012 dengan tarikan yang menonjol seperti terjun jatuh bebas dari platform melompat 20 meter tinggi, gelongsor tiub dan hayunan tali pokok. Anda boleh rujuk di bawah ini untuk maklumat mengenai tempat ini.

Alamat:828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang

Masa Operasi:
Selasa – Ahad: 09:00am – 06:00pm

Website: Escape Theme Park Penang
Facebook: Escape Theme Park Penang
Telefon: +60 4 8811 106
Email: info@escape.m


MUZIUM MAINAN

Tempat Menarik Di Penang

Muzium Mainan Penang mendaftarkan dirinya sebagai muzium mainan terbesar di dunia. Ia adalah rumah kepada lebih 100,000 anak patung, kereta api dan koleksi lain dan telah memperoleh tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan pertama negara ini, dengan koleksi mainan dan patung terbesar .

Berjalan melalui pintu depan adalah seperti melangkah kembali ke zaman kanak-kanak dan anda pasti untuk melihat beberapa rakan-rakan lama dalam koleksi, dari My Little Ponnies dan Care Bears hingga ke Doraemon dan koleksi Gundam. Tempat yang amat menyeronokkan untuk melawat, ia adalah tempat yang berfaedah dan menghiburkan untuk melawat untuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak.

Alamat:1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Penang

Masa Operasi:
Setiap Hari: 09:00am – 06:00pm (Masuk Sebelum 5:30pm)

Harga:Dewasa: RM16.00
Kanak-Kanak: RM11.00

Website: Penang Toy Museum
Telefon: +60 12-460 2096

BUKIT BENDERA,PENANG


Bukit Bendera adalah stesen bukit penjajah pertama yang dibangunkan di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill, ia terletak 6KM dari Georgetown. Terletak 821m di atas ibukota Pulau Pinang, ia biasanya kira-kira lima darjah lebih sejuk daripada Georgetown. Ia adalah hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang. Flora dan fauna di sini telah dilindungi sejak 1960. Tetapi ia tidak mempunyai keutamaan yang sama seperti Genting Highlands, Bukit Fraser atau Cameron Highlands tetapi ia adalah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Pulau Pinang.

Cara yang paling popular untuk bahagian atas bukit adalah Kereta Api Bukit Bendera . Terletak di kaki bukit , funicular ini bermula dari Air Itam. Dibina pada tahun 1923, ia adalah salah satu sistem funikular tertua di dunia dan mempunyai trek 2,007m panjang yang memanjat bukit di merangkak kadar yang 30 minit.

Alamat:Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam, 11500 Pulau Pinang, Malaysia

Masa Operasi:
Setiap Hari: 06:30am – 11:00pm (Masuk Sebelum 10:30pm)


Website: Penang Hill
Telefon: +604-8288880, +604-8288839, +604-8288861, +604-8288862
PANTAI BATU FERRINGHI,PENANG



Salah satu destinasi atau tempat menarik di Penang yang paling popular di Pulau Pinang (sebenarnya, ia adalah destinasi kedua paling popular selepas Georgetown), Batu Feringghi terdiri daripada hamparan panjang lembut, pantai berpasir putih sepanjang jalan penggunungan dinamakan Jalan Batu Feringghi, penuh dengan pelbagai tempat penginapan dan makan pilihan.Pasar malamnya memang terkenal, manakala perairannya yang tempat popular untuk pelbagai aktiviti sukan air seperti parasailing dan luncur angin.


PENANG STREET ART



Berjalan melalui jalan-jalan Georgetown bertambah sedikit lebih menarik, pada tahun 2012 Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengupah artis Lithuania, Ernest Zacharevic dan memberi nafas baru ke dalam beberapa rumah kedai yang beratmosfera Cina di sekitar dalam bandar. Usaha untuk melahirkan kesedaran sejarah yang kaya dengan lukisan sekitar jalan-jalan, projek itu merupakan satu kejayaan dengan Zacharevic beralih kawasan tertentu dan ianya berkembang maju menjadi destinasi pelancongan yang juga menjadi buah mulut yang menarik perhatian di kalangan penduduk tempatan dan menjadi tempat menarik di Penang. Hasil kerja beliau boleh dilihat di jalan-jalan seperti Muntri Street, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, Ah Quee Street dan banyak lagi.



MASJID KAPITAN KELING



Masjid Kapitan Keling adalah masjid terbesar di Georgetown dan juga tempat menarik di Penang. Ianya kelihatan cantik ketika matahari terbenam. Ia dinamakan sempena ‘kapitan’ daripada Keling (pemimpin masyarakat India Selatan serupa dengan pemimpin masyarakat Cina), Cauder Mydin Merican. Masjid bercat putih mendahului dengan kubah besar kuning keemasan gaya Mughal, bulan sabit dan bintang dan mempunyai satu menara India Islam yang akan kedengaran bunyi azan.

Masjid Kapitan Keling sebesar 18 ekar tetapi kini merangkumi hanya lapan ekar sebagai tanah yang didakwa oleh pegawai-pegawai kerajaan untuk pembinaan jalan raya. Jika anda ingin melawat, pegawai-pegawai masjid akan mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran atau tidak. Pelawat hanya dibenarkan masuk jika mereka berpakaian sesuai: untuk wanita ini bermakna labuh seluar atau skirt dan baju dan lelaki berpakaian seluar panjang kemas menutup aurat.

Alamat:14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia


DHARMIKARAMA BURMRSE TEMPLE


Dharmikarama Burmese Temple adalah satu-satunya kuil Buddha Burma di luar Myanmar. Terletak di Georgetown Pulau Pinang, ia terletak bertentangan dengan Kuil Wat Chayamangkalaram , dengan sepasang gajah batu besar mengapitnya pintu depan. Di dalam kawasan pagoda adalah pokok Boddhi , sebuah kolam yang ingin dan pangsapuri untuk sami.

Kuil ini antara tempat menarik di Penang kerana kuil ini paling sibuk semasa perayaan-perayaan seperti Hari Wesak serta Thankyan (Festival Air) pada bulan April – perayaan yang sama dengan perayaan SongKran Thailand, di mana penganut menyimbah air di antara satu sama lain dan memberikan penghormatan kepada orang-orang tua.

Alamat:24 Lorong Burmah, 10250 Penang

Masa Operasi:
Setiap Hari: 05:00am – 06:00pm

TAMAN BOTANI PENANG




Taman Botani Pulau Pinang biasanya hanya dipanggil Botanic Gardens oleh pulau Pulau Pinang. Juga dikenali sebagai Taman Air terjun, taman-taman yang terletak di sebuah lembah di Jalan Kebun Bunga. Ia adalah tempat yang mempunyai landskap yang mengandungi pelbagai jenis spesies tumbuhan asli dan eksotik .
Ada laluan khas di Moon Gate Taman Botani Pulau Pinang yang membawa sehingga ke Bukit Bendera: ia adalah kira-kira satu jam berjalan kaki. Ia adalah perjalanan yang curam tetapi menarik dan sangat bermanfaat. Berhati-hati, taman-taman tidak dipanggil sebagai Taman Monkey untuk apa-apa, terdapat banyak monyet atau kera. Kera di sepanjang jalan ini boleh menjadi sedikit nakal dan lincah: jangan terlalu rapat dan jangan cuba untuk memberi makan atau menyentuh mereka kerana mereka boleh menggigit ( ditambah terdapat denda RM500 jika anda lakukan). Selain kera, hidupan liar yang lain yang tinggal di taman-taman adalah monyet daun yang agak hitam, tupai gergasi hitam dan pelbagai serangga dan rama-rama.
Untuk keselamatan pelawat, air terjun di taman-taman telah dikepung. pegawai Taman membuka lawatan berpandu untuk orang ramai dan untuk kumpulan terancang. TransitLink bas 202 berjalan melalui laluan yang melintasi Taman Botani Pulau Pinang, dalam perjalanan ke Teluk Bahang.
Alamat:Pavilion Administrative Complex, Jalan Kebun Bunga, 10350, Penang
Masa Operasi:
Setiap Hari: 05:00am – 07:00pm
Telefon: +604 226 4401, +604 226 4405

KILANG BATIK PENANG


Kilang Batik Pulau Pinang adalah tempat menarik di Penang yang seterusnya, ianya adalah salah satu daripada perintis pembuatan batik di pulau itu. Ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Craft Batik Sdn Bhd, ia terletak di Teluk Bahang, berjalan kaki yang singkat dari Taman Botani Pulau Pinang. Kompleks ini dibahagikan kepada tiga bahagian: sebuah galeri seni , butik dan bengkel
Pelawat yang ingin membeli pakaian batik boleh melihat sekitar Butik, di mana baju pakaian batik cetakan lelaki, kain, tudung dan banyak lagi (walaupun gaun couture haute!) Boleh didapati . Sementara itu, Bengkel ialah tempat terbuka bersebelahan Butik di mana anda boleh melihat artis melukis, mewarna dan setem corak batik pada kain. Ia merupakan pengalaman yang baik untuk melihat, dengan setiap artis yang mengkhusus dalam produk tertentu, dari kain untuk baju: artis boleh menghasilkan kira-kira sepuluh meter kain sehari.
Alamat:669m, Mk. 2, Teluk Bahang 11050 Penang
Masa Operasi:
Setiap Hari: 09:00am – 05:30pm
Telefon: +604 885 1284, +604 885 1858, +604 885 1302

TAMAN REMPAH TROPIKA


Terletak di sepanjang pantai barat Pulau Pinang, pada perladangan getah eko-pelancongan yang ditinggalkan ini mempunyai tiga laluan hutan; Spice Trail, Ornamental Trail dan Jungle Trail-trek ini yang membawa anda lalu bahagian yang berbeza kompaun. Setiap ‘bilik ‘ mempunyai koleksi tumbuhan khas seperti rempah dan herba, tumbuhan akuatik dan flora hutan. Anda boleh memilih untuk meneroka taman anda sendiri kerana terdapat papan tanda timbul pengajaran mempamerkan nama-nama dan kegunaan setiap pokok untuk membimbing anda atau anda boleh mengambil bahagian dalam lawatan berpandu disediakan.
Selain itu, para tetamu (dan lebih penting lagi, kanak-kanak) juga boleh cuba masak masakan Malaysia tempat ini membuka sebuah sekolah masakan di mana hidangan yang dibuat menggunakan semua jenis herba dan rempah. Terletak di sebuah bangunan lapang yang dikelilingi oleh taman-taman rempah, menghadap ke Teluk Bahang, pusat itu menggunakan pendekatan hands-on untuk memasak, dimana anda akan mendapat untuk menyediakan makanan dari awal dalam bahagian kecil, kelas peribadi, menggunakan rempah dari taman-taman di sekeliling anda.
Alamat:Lone Crag Villa, Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11100 Penang
Masa Operasi:
Setiap Hari: 09:00am – 06:00pm
Telefon: +604 881 1797